Hubungan Kepimpinan Teragih Pengetua Terhadap Kompetensi Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan
-
Published:2023-02-28
Issue:2
Volume:8
Page:e002131
-
ISSN:2504-8562
-
Container-title:Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)
-
language:
-
Short-container-title:MJSSH
Author:
See See Yong,Mohd Nor Mohamed Yusoff,Alias Bity Salwana
Abstract
Kepimpinan teragih yang berkesan perlu menjadi amalan pentadbir sekolah pada masa kini untuk peningkatan tahap kompetensi guru demi mencapai kecemerlangan sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan kepimpinan teragih pengetua dengan kompetensi guru di sekolah menengah kebangsaan dengan menggunakan pendekatan reka bentuk tinjauan melalui pengaplikasian kaedah kuantitatif. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kuantitatif dengan pendekatan reka bentuk tinjauan. Seramai 403 orang pentadbir dan guru dari sembilan buah sekolah dilibatkan sebagai sampel kajian. Instrumen kajian adalah soal selidik yang dianalisis secara statistik deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Version 26. Setelah dianalisis hasil kajian menunjukkan gaya kepimpinan teragih pengetua dan kompetensi guru berada pada tahap tinggi . Dapatan kajian mendapati wujud korelasi secara signifikan antara hubungan gaya kepimpinan teragih pengetua terhadap kompetensi guru yang turut memberi dampak kepada sistem pengurusan di sekolah demi memenuhi transformasi pendidikan. Oleh itu, dapatan ini boleh memberi kesan kepada dasar kerajaan untuk memperkasa dan memartabatkan profesion perguruan dengan memberi penekanan dan perhatian dalam meningkatkan pembangunan bagi melahirkan warga pendidik yang berkualiti. Kesimpulannya, gaya kepimpinan teragih pengetua boleh menjadi tunjang utama dalam meningkatkan pencapaian kecemerlangan sekolah bergantung kepada kebijaksanaan pihak pentadbir dalam melaksanakan pengurusan pentadbiran yang adil bagi melahirkan guru yang berkualiti dengan kompetensi guru yang sedia ada.
Publisher
Secholian Publication
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献
1. Technology Leadership in Education and Digital Integration In Educational Management;International Journal of Innovative Science and Research Technology (IJISRT);2024-04-16