ISU DAN PENDEFINISIAN SEMULA DIGITAL POVERTY DALAM PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PENYELIAAN (PPDP) SECARA ATAS TALIAN

Author:

Syahruddin Hj. Ag. Ahmad ,Sitinurbayu Mohd. Yusof ,Aisah Meri ,Cyril Modili

Abstract

Pengajaran, pembelajaran dan penyeliaan (PPdP) berdepan cabaran getir apabila pelajar Universiti khususnya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terpaksa berada di rumah atau lokaliti masing-masing bagi menjayakan sesi kuliah, tutorial dan penyeliaan berbanding sebelum era pandemik covid-19. Kajian kuantitatif yang melibatkan 285 orang pelajar yang terdiri daripada 53 orang siswa dan 232 orang siswi di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR) dijalankan menerusi edaran borang soal selidik secara pautan borang Google berpandukan pengkalan data seramai 3600 orang residen dalam kalangan pelajar pra siswazah di Kolej Kediaman Tun Pengiran untuk memastikan seseorang mahasiswa itu dapat menamatkan pengajiannya secara sempurna. Data kajian ini mendorong penyelidik untuk mengemukakan syor definisi baharu bagi istilah "digital poverty" yang tidak terhad kepada pemilikan gajet semata-mata tetapi juga masa, ruang dan sokongan moral ke atas pelajar untuk terlibat secara optimum dalam perancangan pengajian yang disediakan oleh Universiti menerusi pensyarah masing-masing. Ruang belajar yang sesuai sebagai tempat pelajar terlibat aktif dan konsisten dalam PPdP ini juga menuntut kerjasama ahli keluarga sebagai sebahagian daripada persekitaran yang kondusif bagi menyokong keperluan menjayakan PPdP yang berkenaan. Kajian ini juga membawa satu anjakan paradigma baharu daripada pemahaman bahawa "digital poverty" hanya terpakai kepada takrif ketiadaan gajet dan kualiti akses internet dalam kalangan pengguna kepada satu definisi baharu iaitu kekurangan daripada segi material, ketercapaian isyarat rangkaian internet dan ketersediaan tempat yang sesuai untuk sesi PPdP. Pendefinisian semula "digital poverty" dalam konteks Malaysia amnya dan Sabah khasnya ini membawa bersama perspektif baharu tentang peranan manusia dan teknologi digital sebagai saling berkaitan antara satu sama lain.   Teaching, learning and supervision (TLS) faces daunting challenges when University students, especially at Universiti Malaysia Sabah (UMS) have to be at home or in their respective localities to succeed in lectures, tutorials and supervision sessions compared to before the covid-19 pandemic era. A quantitative study involving 285 students consisting of 53 students and 232 female students at the Tun Pengiran Ahmad Raffae Residential College (TPARRC) was conducted through the distribution of questionnaires by Google form link based on a database of 3600 residents among undergraduate students in Tun Pengiran Ahmad Raffae Residential College to ensure that a student can complete his studies perfectly. The data of this study prompted researchers to recommend a new definition for the term "digital poverty" which is not limited to the ownership of gadgets alone but also time, space and moral support for  students to participate optimally in study planning provided by the University through their lecturers. -each. A suitable study space where students are actively and consistently involved in (TLS) also requires the cooperation of family members as part of a conducive environment to support the need for the success of (TLS). The study also brings a new paradigm shift from the understanding that "digital poverty" only applies to the definition of the absence of gadgets and quality of internet access among users to a new definition of lack of material, internet network signal accessibility and availability of suitable venues for (TLS) sessions. The redefinition of “digital poverty” in the context of Malaysia in general and Sabah in particular brings with it a new perspective on the role of human beings and digital technology as interconnected with each other.

Publisher

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3