PELAPORAN BERITA COVID-19 DALAM MALAYSIAKINI DAN THE STAR

Author:

Jing Peng Hooi1,Mohamad Saleh Mohamad Saifudin1

Affiliation:

1. Universiti Sains Malaysia

Abstract

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia turut memberikan kesan yang hebat buat negara membangun seperti Malaysia. Sejak awal pandemik ini berlaku, akhbar tempatan di negara ini telah memberikan perhatian yang serius terhadap pelaporan harian mengenai isu ini yang menjadi sumber utama buat pembaca di Malaysia dalam mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini. Mengambil kira peranan penting akhbar dalam pelaporan mengenai COVID-19, kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk meneliti jenis ton, bingkai dan imej yang digunakan dalam pelaporan isu COVID-19 dalam dua akhbar dalam talian terpilih iaitu Malaysiakini dan The Star. Analisis kandungan dipilih sebagai kaedah kajian dan sampel artikel berita COVID-19 diambil untuk dianalisis dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 iaitu semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan fasa pertama negara. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak 1305 berita berkenaan COVID-19 telah dilaporkan sepanjang tempoh tersebut dan corak pelaporan kedua-dua akhbar adalah sama iaitu majoriti daripada pelaporan COVID-19 adalah menggunakan ton yang positif dengan bingkai tanggungjawab dan foto telah digunakan dalam setiap pelaporan. Diharapkan dapatan kajian ini dapat menyumbang kepada korpus ilmu bidang komunikasi kesihatan khususnya berkenaan media dan pandemik di Malaysia.

Publisher

Universiti Putra Malaysia

Reference42 articles.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3