Metafora Leksikal dan Nilai Budaya dalam Novel Hamka Di Bawah Lindungan Ka’bah

Author:

Oktavianus Oktavianus,Ferdinal Ferdinal,Zahid Indirawati

Abstract

Metafora dan nilai budaya ialah dua perkara yang saling berkaitan. Nilai budaya ialah bahagian daripada identiti manusia. Salah satu cara untuk menyatakannya ialah melalui metafora. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis metafora leksikal berhubung dengan nilai budaya dalam novel Di Bawah Lindungan Ka’bah karya Hamka. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk mengetahui distribusi metafora leksikal manakala pendekatan kualitatif digunakan untuk meneliti sesuatu fenomena penggunaan metafora. Sejumlah 100 data metafora dikumpulkan daripada setiap muka surat dan dianalisis dengan mengaplikasikan teori metafora oleh Newmark dan Lakoff & Johnson. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 14% metafora leksikal ialah perbandingan kata nama-kata nama, 32% kata nama-kata kerja, 10% kata nama-kata adjektif, 31% kata kerja-kata nama, 6% kata kerja-adverba dan 7% perbandingan kata nama-kata adjektif. Metafora tersebut mengandungi makna personifikasi, hiperbola, dan eufemisme. Daripada 100 data metafora leksikal, terdapat 62% nilai budaya yang mengandungi nilai-nilai mulia, manakala 38% metafora leksikal mewakili suasana dalaman dengan nilai-nilai buruk. Nilai budaya yang terkandung dalam pelbagai bentuk metafora leksikal adalah penting untuk mendidik dan memupuk legitimasi manusia khususnya dalam menghadapi era industri 4.0 dan 5.0, iaitu keperluan manusia menjunjung nilai kemanusiaan.

Publisher

Universiti Putra Malaysia

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3