Author:
Abu Bakar Noorazlin,Zahid Indirawati,Jaafar Mohammad Fadzeli,Wan Ali Wan Zailan Kamaruddin
Abstract
Domain semantik syariah merujuk kepada sekumpulan kata-kata yang berkongsi komponen makna bersama berkenaan hukum atau peraturan yang merangkumi hubungan manusia dengan Allah, sesama manusia dan alam semesta. Kajian ini bertujuan memetakan dan mengklasifikasikan domain semantik Syariah melalui struktur hubungan makna bagi mengatasi takrifan syariah yang luas cakupannya baik dalam Kamus Dewan Perdana (KDP) mahupun al-Muʿjam al-Wasit (MW). Analisis pemetaan ini mengaplikasikan kajian kualitatif dengan pengumpulan kata pinjaman BA berserta takrifannya dalam KDP bagi memperlihatkan leksikal yang dapat diklasifikasikan ke dalam domain Syariah. Pemetaan domain ini distrukturkan berdasarkan hubungan makna hipernim, hiponim dan kohiponim seperti mana dalam Teori Domain Semantik Trier dan diselaraskan dengan perbincangan sarjana syariah. Cakupan domain syariah yang luas ini dibahagikan kepada empat subdomain yang lebih khusus: ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Dapatan memperlihatkan berlakunya hubungan intrasubdomain dan intrasub-subdomain bertitik tolak daripada polisem makna dan fitur makna bersama dan distingtif kata yang dirujuk. Hubungan intrasubdomain ini dilihat menerusi perkataan fidyah, infak, dan khiyar, manakala hubungan intrasub-subdomain pula menerusi perkataan Kaabah, hakim, dan qada. Hubungan intrasubdomain dan intrasub-subdomain secara sistematik melalui penstrukturan dalam pemetaan dan pengklasifikasian domain semantik yang dilakukan ini dapat mempermudah pemahaman takrifan syariah yang luas cakupan domainnya. Hal ini amat bermanfaat dalam pemahaman undang-undang syariah Islam.
Publisher
Universiti Putra Malaysia
Reference50 articles.
1. Ahmad, H., Ghafar, N. A., & Bahjat, M. M. (2017). Teks prosa Zarzuriyyat Ibn Fakhaar: Analisa korpus bertema berdasarkan Teori Medan Makna. Journal of Islamic, Social, Economics and Development, 2(3), 21-31.
2. Al-Bakri, Z. M. (2017a). Al-fiqh al-manhaji: Wasiat dan jenayah dalam fiqh al Syafi'i. Darul Syakir Enterprise.
3. Al-Bakri, Z. M. (2017b). Al-fiqh al-manhaji: Ibadat dalam fiqh al Syafi'i. Darul Syakir Enterprise.
4. Al-Bakri, Z. M. (2020, April 20). Al-Bayan Siri 6: Malaysia Negara Ahli Sunnah Wal-Jamaah: Satu Penegasan. Zulkiflialbakri.com. https://zulkiflialbakri.com/al-bayan-siri-5-malaysia-negara-ahli-sunnah-wal-jamaah-satu-penegasan/
5. Atmawati, D. (2021). The semantic field of ngethok 'to cut' and sociocultural factors in Javanese society: Sociosemantic study. Journal of Language and Literature, 21(2), 429-438. https://doi.org/10.24071/joll.v21i2.3415