Author:
Ismail Mohd Sufian,Sarudin Anida,Mohamad Tarmizi Mohd Hafiz
Abstract
Perisian ATLAS.ti 24 mampu diaplikasikan bagi menganalisis koleksi data secara sistematik. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis soalan karangan Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pembinaan kata kunci utama. Data kajian menggunakan soalan karangan Bahasa Melayu SPM sebenar, soalan karangan Bahasa Melayu SPM ulangan dan soalan karangan Bahasa Melayu SPM percubaan dari tahun 2010 hingga tahun 2020. Prosedur Model NCT Friese yang terdiri daripada komponen Noticing things, Collecting things dan Thinking about things diaplikasikan bersama tujuh fasa Thematic Content Analysis (TCA) Friese bagi memperincikan proses analisis. Alat Pembinaan Soalan Kajian (RQDT), iaitu PICo yang mewakili Populasi, Minat dan Konteks diadaptasi sebagai asas pembinaan tema dalam analisis menggunakan perisian ATLAS.ti 24. Berdasarkan penyelidikan ini, satu prosedur analisis ATLAS.ti bersistematik dibina. Selain itu, soalan karangan SPM dapat dikategorikan kepada empat aspek utama dengan satu tambahan kategori ‘Bentuk’ menjadi PICoB. Selain itu, terdapat enam kata kunci utama yang mewakili tema ‘Populasi’, tiga kata kunci utama yang mewakili tema ‘Fokus’ dan 19 kata kunci utama yang mewakili tema ‘Konteks’. Perkongsian prosedur analisis ini memberi panduan kepada penyelidik seterusnya untuk penambahbaikan analisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Hasil penyelidikan ini juga diharapkan mampu menjana inovasi guru-guru dalam proses menganalisis sesuatu bahan serta membantu penulisan karangan pelajar agar fokus kepada kehendak soalan.
Publisher
Universiti Putra Malaysia
Reference40 articles.
1. Bakar, A. Z. A., Ganesan, L., Othman, M., Haron, S. A., & Ishak, F. A. C. (2020). Where to Eat: Exploring silver consumer restaurant dining choice in malaysia. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 28(4), 3297–3317. https://doi.org/10.47836/pjssh.28.4.44
2. Braun, V., & Clarke, V. (2006). Using thematic analysis in psychology. Qualitative Research in Psychology, 3(2), 77–101. https://doi.org/10.1191/1478088706qp063oa
3. Colas-Bravo, P., Conde-Jimenez, J., & Reyes-de-Cozar, S. (2021). Sustainability and digital teaching competence in higher education. Sustainability, 13(22), Article 12354. https://doi.org/10.3390/su132212354
4. Desai, S., McGrath, C., McNeil, H., Sveistrup, H., McMurray, J., & Astell, A. (2022). Experiential value of technologies: A qualitative study with older adults. International Journal of Environmental Research and Public Health, 19(4). https://doi.org/10.3390/ijerph19042235
5. Friese, S. (2014). Qualitative data analysis with ATLAS.ti. London: SAGE Publications Ltd. https://pdfcoffee.com/qdownload/qualitative-data-analysis-with-susanne-friesepdf-pdf-free.html