Author:
Shah Omar Mardian,Tengku Mohd Ali Tengku Intan Marlina,Mohd Dahlan Mohd Fathul Khair,Che Soh Nur Amirah
Abstract
Perkembangan teknologi dalam era revolusi industri 5.0 telah memberi kesan kepada pelbagai bidang terutamanya pendidikan. Hal ini terlihat dalam pembelajaran prosa klasik Bahasa Melayu yang dianggap tidak lagi relevan dalam pembelajaran untuk generasi 5.0 hari ini. Prosa klasik dikatakan sukar untuk difahami dan bentuk penyampaiannya yang membosankan. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti kerelevanan pembelajaran prosa klasik menerusi Komponen Sastera (KOMSAS) yang terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang disampaikan secara interaktif dan digital. Kajian ini juga mengenal pasti nilai-nilai murni yang terkandung dalam prosa klasik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat kini terutamanya dalam kalangan golongan remaja yang lebih terdedah kepada dunia media sosial dan teknologi. Kajian ini mengaplikasikan kerangka teori kajian laras oleh Ure dan Ellis (1977) yang memusatkan aspek fungsi sosial pembelajaran prosa klasik terhadap masyarakat melalui kaedah gabungan, iaitu secara kuantitatif dan kualitatif. Responden yang terlibat terdiri daripada 70 orang dari pelbagai latar belakang seperti jantina, pendidikan, kerjaya dan gred pencapaian, iaitu yang dibuat secara rawak di sekitar kawasan negeri Selangor dan Lembah Klang. Kaedah penyelidikan secara kuantitatif desktriptif diaplikasikan, iaitu melalui medium soal selidik. Hasil kajian mendapati, walaupun Malaysia sudah jauh ke hadapan dalam dunia teknologi, namun data menunjukkan bahawa adanya penerimaan terhadap pembelajaran prosa klasik ini. Elemen prosa klasik masih dianggap relevan dan perlu dikekalkan kandungannya dan perlu disampaikan secara digital dan interaktif. Pada masa yang sama, nilai murni serta etika yang tinggi dalam prosa klasik mampu membentuk jiwa yang murni dalam kalangan remaja hari ini, iaitu dalam membentuk remaja yang kompeten dalam menghadapi cabaran era revolusi industri 5.0.
Publisher
Universiti Putra Malaysia
Reference43 articles.
1. Abidin, N. Z., Said, R. R., & Sabil, A. M. (2018). Interest and motivation of students on traditional prose teaching in Malay language literature component. International Jounal of Academic Reseacrh in Business and Social Sciences. 8(11), 1747-1757. http://dx.doi.org/10.6007/IJARBSS/v8-i11/5351
2. Abidin, N. Z., Said, R. R., Sabil, A. M., & Ayub, A. F. M. (2020). Amalan pengajaran guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 prosa tradisional di sekolah menengah. Al-Qiyam International Social Science and Humanities Journal, 3(3), 67 - 82.
3. Adel, A. (2022). Future of industry 5.0 in society: Human-centric solutions, challenges and prospective research areas. Journal of Cloud Computing, 11(1), 1-15. https://doi.org/10.1186/s13677-022-00314-5
4. Ahmad, R. (2017). Keupayaan menggunakan KOMSAS sebagai kompetensi pengajaran guru Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 65-76.
5. Al-Emran, M., & Al-Sharafi, M. A. (2022). Revolutionizing education with industry 5.0: Challenges and future research agendas. International Journal of Information Technology, 6(3), 1-5.