Kamus Thomas Bowrey dan Sosiobudaya Melayu Abad Ke-17

Author:

Nor Azizah Binti Othman

Abstract

Thomas Bowrey merupakan pedagang British yang belayar di Kepulauan Melayu pada abad ke-17 dan telah menghasilkan sebuah kamus Inggeris-Melayu pertama yang diterbitkan pada tahun 1701 di London. Kamus ini disusun sebagai usaha membantu orang-orang Inggeris yang berhasrat ke Kepulauan Melayu selepas Bowrey. Makalah ini bertujuan membincangkan aspek sosiobudaya yang terdapat dalam data kamus Thomas Bowrey (KTB). Perbandingan secara sinkronis dan diakronis menjadi dasar analisis ini. Kaedah tinjauan digunakan untuk menganalisis setiap kata dalam KTB. Penguraian kesemua entri dalam kamus ini terdiri atas perbandingan dengan kamus yang lebih moden dan data korpus lain seperti Kamus Dewan Edisi Keempat (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007), Kamus Besar Bahasa Indonesia (dalam talian), A Comprehensive Indonesian-English Dictionary (Stevens & Schmidgall-Tellings, 2010). Sumber sezaman seperti daftar kata Pigafetta (1525), daftar kata Houtman (1603) dan daftar kata Wiltens dan Danckaerts (1623) digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan penguraian data kamus Bowrey. Aspek sosiobudaya yang dibincangkan dalam makalah ini merangkumi data yang berkaitan dengan istilah kata ganti nama (sapaan) dan istilah kekeluargaan. Makalah ini menyimpulkan data yang dipaparkan Bowrey (1701) menunjukkan istilah bagi kata ganti nama dan istilah kekeluargaan banyak menerima unsur daripada bahasa asing seperti Hindi dan Jawa selain merakamkan beberapa istilah yang tidak dapat dihuraikan secara linguistik.

Publisher

UNIMAS Publisher

Subject

Linguistics and Language,Communication,Language and Linguistics,Cultural Studies

Reference27 articles.

1. Aman, R. (1997). Bahasa Melayu abad ke-17: Satu sorotan terhadap kamus Bowrey. Jurnal Dewan Bahasa , 14(10), 882-889.

2. Aman, R. (1998). Orang Melayu abad ke-17: Kajian lanjutan kosa kata arkaik, morfologi dan perubahan makna kamus Bowrey. Jurnal Dewan Bahasa, 40(1), 1022-1033.

3. Bowrey, T. (1701). A dictionary English and Malayo, Malayo and English. Sam Bridge.

4. Collins, J. T., & Schmidt, H. (1992). Bahasa Melayu di Pulau Ternate. Jurnal Dewan Bahasa, 36, 293-327.

5. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3