Author:
Abdul Wahab Hamidah,Kamil Siti Marina,Gedat Remmy
Abstract
Kajian ini meneliti aspek kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban di daerah Kuching dan Samarahan, khususnya dalam penggunaan bahasa halus atau eufemisme. Objektif khusus kajian adalah untuk meneliti bentuk eufemisme yang wujud dan digunakan dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, dan juga melihat sejauh mana eufemisme tersebut digunakan dalam kedua-dua masyarakat tersebut. Data kajian diperoleh menerusi kaedah soal selidik, melibatkan responden seramai 50 orang bagi setiap kaum. Soalan dirangka mengikut beberapa domain daripada pengkategorian eufemisme oleh Allan dan Burridge (1991), iaitu hal kewanitaan dan kelelakian, kemarahan/makian/kebencian, penyakit, kematian, dan ketakutan berunsurkan haiwan serta makhluk halus. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan bahasa halus secara sederhana adalah tinggi, iaitu bagi golongan penutur berusia 40 tahun ke bawah, melibatkan kedua-dua masyarakat. Penutur juga didapati memahami perkataan dan ujaran bahasa halus walaupun ia tidak bersifat langsung. Kajian ini juga dapat memperjelas bentuk bahasa halus yang wujud dan tahap penggunaannya dalam masyarakat Melayu Sarawak dan Iban, selain memaparkan latar budaya masyarakat penutur yang kaya dengan kehalusan bahasanya.
Subject
Linguistics and Language,Communication,Language and Linguistics,Cultural Studies
Reference11 articles.
1. Affidah Morni, Aiza Johari, Johny Ahmad, & Kamaruzaman Jusoff. (2009). The linguistic taboo between Malays and Ibans of Sarawak, Malaysia. Canadian Social Science, 5(3), 141-158.
2. Allan, K., & Burridge, K. (1991). Euphemism & dysphemism: Language used as shield and weapon. Oxford: Oxford University Press.
3. Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Analisis eufemisme kematian masyarakat Melayu Sarawak dari perspektif Semantik Kognitif;Abdul Wahab;GEMA Online® Journal of Language Studies,2016
5. Jamet, D. (2018). The noelogical functions of disease euphemisms in English and French: Verbal hygiene or speech pathology? Journal in English Lexicology, 12, 1-26.
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献