Perubahan Vokal Tinggi di Akhir Kata dalam Dialek Taiping dalam Kalangan Pelajar: Analisis Fonologi Generatif

Author:

Masa Noor Syamshida,Mohd Rusli Nur Farahkhanna,Md Adam Nur Faaizah

Abstract

Makalah ini bertujuan untuk menjelaskan perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam kalangan pelajar dalam dialek Taiping berdasarkan teori fonologi generatif (Chomsky & Halle, 1969). Data kajian diperolehi melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian dan temu bual dengan bantuan alat perakam, Ujian Sebutan Lisan dan buku catatan. Informan yang dipilih dalam kajian ini merupakan 20 orang pelajar berbangsa Melayu yang tinggal di Taiping, Perak. Lokasi kajian pula adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang, Perak. Hasil kajian menunjukkan bahawa perkataan yang mempunyai vokal tinggi /i/ dan /u/ di akhir kata akan direalisasikan sebagai [e] dan [o] seperti /bilik/ → [bileʔ], /ʧantik/ → [ʧanteʔ], /datuk/ → [datoʔ], /kukuh/ → [kukoh] dan sebagainya. Berdasarkan data ini, perubahan bunyi vokal tinggi yang berlaku menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ kehilangan fitur [+tinggi] dan akan direalisasikan sebagai vokal separuh tinggi [e] dan [o] melalui pelaksanaan rumus perendahan vokal di lingkungan suku kata akhir tertutup. Data ini kemudiannya dianalisis menggunakan teori fonologi generatif menggunakan rumus fitur distingtif. Hasil kajian menunjukkan bahawa vokal tinggi /i/ dan /u/ mempunyai ciri pembeza yang berlainan antara satu sama lain. Vokal tinggi /i/ mempunyai fitur [‒belakang], [+depan] manakala vokal /u/ mempunyai fitur [+belakang], [‒depan]. Berdasarkan rumus fitur distingtif Zaharani Ahmad (1993), rumus tersebut telah dikembangkan untuk menentukan fitur vokal separuh tinggi [e] dan [o] yang mempunyai ciri pembeza masing-masing untuk menerangkan perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam dialek Taiping. Kajian ini telah dapat menjelaskan sebab perubahan vokal tinggi di akhir kata dalam dialek Taiping, iaitu disebabkan proses perendahan vokal tinggi di akhir kata.

Publisher

UNIMAS Publisher

Subject

Linguistics and Language,Communication,Language and Linguistics,Cultural Studies

Reference31 articles.

1. Abdul Hamid Mahmood. (2017). Kursus fonetik dan fonologi bahasa melayu untuk pengajian jarak jauh. Tanjong Malim, Malaysia: Persatuan Penulis Budiman.

2. Abdul Zen Latif. (2016). Perubahan fonologis kosakata serapan sansekerta dalam bahasa jawa. Tesis Sarjana Strata 2. Universitas Diponegoro Semarang, Indonesia. Diperoleh daripada http://eprints.undip.ac.id/48453/1/ABDUL _LATIF_ZEN.pdf.

3. Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am. Selangor, Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

4. Adi Yasran Abdul Aziz. (2012). Fitur distingtif. Retrieved from http://vodppl. upm.edu.my/uploads/docs/Nota%20Kuliah%205%20BBM3202%20Fitur%20Distingtif.pdf.

5. Pengglotisan geseran /s/ dalam bahasa Kerinci;Yasran Abdul Aziz;GEMA Online® Journal of Language Studies,2014

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3