Perbezaan Pandangan Masyarakat Melayu dan Cina Terhadap Dasar 1MALAYSIA: Satu Kes Kajian di Satok, Kuching

Author:

SHAMSUDIN JUANITA SURAYA,DUGUN DICK LEMBANG,KADAM-KIAI STANLEY BYE

Abstract

Setelah mendapat keputusan tidak memuaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang diadakan pada 8 Mac 2008, maka Barisan Nasional (BN), harus mencari alternatif untuk menarik semula perhatian rakyat Malaysia supaya kembali memilih dan menyokong BN seperti sebelum itu. Satu strategi yang digunakan Perdana Menteri Dato’ Sri Mohammad Najib Tun Abdul Razak selepas mengambil alih pucuk kepimpinan negara pada tahun 2009 adalah dengan melancarkan Dasar 1Malaysia yang berbekal slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Dasar 1Malaysia yang dilihat mempunyai sifat perpaduan, integrasi dan kesaksamaan pasti akan menggundang pelbagai reaksi daripada pelbagai kumpulan etknik yang terdapat di negara ini. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisa perbezaan dan persamaan pandangan dan interpretasi masyarakat Melayu dan Cina di Sarawak, terutama sekali di sekitar kawasan komersial Satok - iaitu tempat kajian dilakukan - terhadap Dasar 1Malaysia dari aspek pengetahuan am mengenai konsepnya, dan penerimaan dan persetujuan mereka terhadap idea tersebut. Objektif kajian ini adalah untuk menunjukkan bahawa wujudnya perbezaan persepsi dan interpretasi antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina berkaitan kefahaman terhadap Dasar 1Malaysia dan caranya dilaksanakan.

Publisher

UNIMAS Publisher

Reference24 articles.

1. Anderson, J. E. (2015). Public Policymaking. Edisi Ke-8. Stamford, CT, USA: Cengage Learning.

2. Bahagian Penerbitan Dasar Negara (2009). Satu Malaysia Rakyat Didahulukan Diutama. Dalam http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1MALAYSIA.PDF.

3. Baumer, D. C., & Van Horn, C. E. (2014). Politics and Public Policy: Strategic Actors and Policy Domain. Edisi Ke-4. Los Angeles: SAGE CQ Press.

4. Bridgman, P., & Davis, G. (1999). Australian Policy Handbook. St. Leonards, NSW, Aust.: Allen & Unwin.

5. Denhardt, R. B., Denhardt, J. V., & Blanc, T. A. (2014). Public Administration: An Action Orientation. Boston, MA, USA: Wadsworth, Cengage Learning.

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3