Kesahan Pengukuran dan Kebolehpercayaan Instrumen Ujian Struktur Dalaman Kata Imbuhan (USDAi) bagi Penguasaan Morfologi Arab

Author:

Hashim Hasnurol,Abu Bakar Kaseh,Ahmad Maheram

Abstract

Morfologi bahasa Arab bersifat kompleks berbanding morfologi bahasa lain. Hal ini kerana sistem morfologinya berasaskan kepada kata akar dan pelbagai lapisan proses derivasi (perubahan bentuk kata). Penentuan kata akar daripada perkataan berimbuhan Arab antara kesukaran pelajar bahasa Arab lebih-lebih lagi jika struktur dalaman sesuatu perkataan mengalami banyak derivasi. Justeru, kajian ini melaporkan kesahihan konstruksi dan kebolehpercayaan instrumen rintis bagi mengukur kesukaran struktur dalaman kata (SDK) imbuhan bahasa Arab. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Ujian Struktur Dalaman Kata Imbuhan (USDAi) mengandungi 130 item aneka pilihan yang dibentuk berdasarkan teori SDK dan teori paradigmatis serta konsep derivasi bahasa Arab. Pemilihan sampel kajian menggunakan pensampelan bertujuan bersasar. Seramai 45 orang pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dipilih sebagai responden. Data dianalisis menggunakan Model Pengukuran Rasch. Nilai indeks kebolehpercayaan person ialah 0.95 (α = 0.97) dan indeks pengasingan pula ialah 4.33. Item pula menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.87, indeks pengasingan 2.65 dan mean infit 0.97. Dapatan kajian menunjukkan 130 item USDAi produktif bagi mengukur struktur dalaman kata (SDK) imbuhan bahasa Arab. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap pembelajaran morfologi Arab agar penguasaan struktur dalaman kata perlu dikuasai oleh para pelajar.

Publisher

UNIMAS Publisher

Subject

Linguistics and Language,Communication,Language and Linguistics,Cultural Studies

Reference50 articles.

1. Abu Bakar, K. (2008). Rasch calibration of Arabic reading diagnostic test items. International Islamic University.

2. Abu Bakar, K., & Hassan, S. H. (2011). Applying the Rasch model in educational researches. In F. A. Rahman, F. Piee@Shafiee, & H. Elias (Eds.), Teachers' learning curriculum innovations and knowledge applications (pp. 110-127). UPM Press.

3. Developments in language testing and assessment, with specific reference to Information Technology;Alderson;Forum for Modern Language Studies,1998

4. Alderson, J. C., & Banerjee, J. (2001). Language testing and assessment (Part I). Language Teaching, 34(4), 213-236. https://doi.org/10.1017/S0261444800014464

5. Development and validation of a scale to measure test-wiseness in EFL/ESL reading test-takers;Allan;Language Testing,1992

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3