Analisis Pragmatik Tajuk Berita Akhbar Digital dalam Isu Koko: Perbandingan Antara Malaysia dan Indonesia

Author:

SYARIFUDDIN NOVIATIN, ,SUKIMI MOHAMAD FAUZI,ALI MOHD NOR SHAHIZAN,LYNDON NOVEL, , ,

Abstract

Akhbar digital merupakan perantara utama dalam komunikasi massa yang berkredibiliti. Dalam sektor pertanian, akhbar digital berperanan sebagai wadah komunikasi bagi menyalurkan informasi daripada kerajaan kepada petani. Hubungan ekonomi antara Malaysia dengan Indonesia sebagai negara pengeksport koko penting dianalisis kerana kedua-dua buah negara berhadapan dengan isu produktiviti yang belum mampu memenuhi permintaan industri di Eropah. Walau bagaimanapun, senario petani yang berhadapan dengan isu produkviti dan saranan daripada kerajaan amat kurang diterokai melalui tajuk berita akhbar digital. Justeru, kajian bertujuan menganalisis tajuk berita akhbar digital dalam isu koko untuk menunjukkan perbandingan jenis lakuan tutur antara Malaysia dan Indonesia. Reka bentuk kajian kuantitatif dengan pendekatan analisis kandungan digunakan untuk menganalisis tema isu koko dalam tajuk berita akhbar. Data tajuk akhbar tentang isu koko dikumpulkan secara rawak meliputi tajuk akhbar Malaysia sebanyak 50 keratan dan Indonesia sebanyak 75 keratan. Data tajuk akhbar dari tahun 2017 hingga 2021 dianalisis menggunakan teknik analisis tematik melalui kerangka Teori Lakuan Pertuturan. Hasil kajian mendapati sejumlah lima jenis lakuan tutur sering digunakan dalam tajuk akhbar berkaitan isu koko. Penemuan kajian di Malaysia menunjukkan jenis lakuan tutur asertif (48%) adalah dominan berbanding jenis lakuan tutur bersifat direktif (10%), komisif (20%) dan deklaratif (20%). Di Indonesia, jenis lakuan tutur asertif (48%) juga dominan berbanding dengan jenis lakuan tutur direktif (13.3%), komisif (16%), ekspresif (10.7%) dan deklaratif (12%). Analisis pragmatik tajuk akhbar kedua-dua buah negara menunjukkan bahawa jenis lakuan tutur asertif dalam melaporkan perkembangan industri koko lebih menyerlah. Ini bertepatan dengan peranan akhbar sebagai alat perubahan sosial dalam usaha membangunkan sektor pertanian koko. Kata kunci: Akhbar digital, koko, analisis pragmatik, Malaysia, Indonesia.

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Communication

Cited by 1 articles. 订阅此论文施引文献 订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献

1. Confident Building Measures (CBM) Sebagai Pemudahcara Komunikasi dalam Rundingan GBC Malindo;Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication;2024-03-31

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3