Biosensor DNA Voltametrik Berasaskan Nanozarah Emas Bersalut Elektrod Bercetak Skrin Karbon untuk Pengesanan DNA Organisma Terubahsuai Genetik (GMO)
-
Published:2022-10-31
Issue:10
Volume:51
Page:3285-3294
-
ISSN:0126-6039
-
Container-title:Sains Malaysiana
-
language:
-
Short-container-title:JSM
Author:
Nahdya Khairani Nahdya Khairani,Lau Han Yih,Ishak Zamri,Lee Yook Heng,Tan Ling Ling
Abstract
Genosensor voltametri untuk pengesanan DNA organisma terubah suai genetik (GMO) telah dibangunkan berasaskan nanozarah emas (AuNPs) dan elektrod pes karbon bercetak skrin (SPE). AuNPs telah dipegunkan pada SPE melalui kaedah pertumbuhan perantara benih dan dicirikan dengan mikroskop elektron pengimbasan (SEM). 6-Mercapto-1-heksanol (MCH) telah digunakan untuk membentuk lapisan mono prob DNA rantai tunggal (ssDNA) pada SPE terubah suai AuNPs (AuNPs-SPE). Biosensor GMO telah dioptimumkan secara elektrokimia menggunakan oligonukleotida sintetik melalui teknik voltametri denyutan pembezaan (DPV). Biosensor GMO yang dioptimumkan kemudiannya digunakan untuk menganalisis sampel sebenar bagi pengesanan khusus urutan DNA dalam virus mozek kubis bunga, iaitu gen CaMV 35S. Isyarat penghibridan DNA dipantau berdasarkan arus puncak pengoksidaan penunjuk redoks asid monosulfonat antrakuinona (AQMS) semasa interkalasinya ke dalam dupleks DNA. Biosensor GMO memberi rangsangan secara linear kepada DNA terubah suai genetik (GM) antara 0.1 nM dan 300.0 nM dan had pengesanan diperoleh pada 0.06 nM. Sisihan piawai relatif (RSD) kebolehulangan biosensor GMO dianggarkan pada 6.7-7.8%. Biosensor GMO berasaskan AuNPs mempamerkan prestasi pengesanan DNA yang lebih baik daripada segi julat linear dinamik dan had pengesanan berbanding dengan biosensor GMO elektrokimia yang dilaporkan sebelum ini. Biosensor DNA elektrokimia ini menyediakan satu platform pengesanan pakai buang untuk aplikasi dalam ujian bahan GMO.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)
Subject
Multidisciplinary
Cited by
1 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献