Author:
Zulfakar Mohd Hanif,Eng Chi Grace Ting
Abstract
Ulser tekanan adalah kecederaan setempat pada kulit atau tisu lembut yang mendasari bahagian tulang yang menonjol. Walaupun terdapat pelbagai rawatan topikal (agen topikal dan pembalut luka) yang tersedia untuk merawat ulser tekanan, rawatan ulser tekanan tetap mencabar. Ini telah mendorong penyelidikan untuk mengembangkan rawatan topikal yang baharu dan lebih berkesan untuk pengurusan dan penyembuhan ulser tekanan. Oleh itu, kajian ini akan memberi tumpuan kepada kajian terdahulu mengenai perkembangan rawatan topikal dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini untuk mengenal pasti agen topikal dan formulasinya serta pembalut luka yang telah dibangunkan selama tempoh ini. Selain tu, kajian ini juga akan mengkaji kesan agen topikal dan pembalut luka terhadap rawatan bagi semua tahap ulser tekanan (Tahap I - IV). Dengan melakukan kajian ini, rawatan topikal bagi rawatan setiap tahap ulser tekanan boleh dikenal pasti. Carian sistematik melalui PubMed, MEDLINE, EBSCOHost, Science Direct dan Google Scholar telah dilakukan. Kata kunci ‘pressure ulcer’, ‘bedsore’, ‘decubitus ulcer’ ‘dressings’, ‘bandages’, ‘topical agents’, ‘topical treatment’ dan gabungannya telah digunakan. Sinonim perkataan juga akan digunakan untuk memperluas pencarian. Sejumlah 18 artikel dikenal pasti memenuhi kriteria inklusi dan eksklusi. Hasil daripada tinjauan ini membuktikan bahawa formulasi salap adalah lebih berkesan berbanding jenis formulasi lain, manakala formulasi gel bukan pilihan yang baik untuk rawatan luka tekanan. Dari aspek keberkesanan rawatan topikal, kesemua formulasi topikal yang dikenalpasti adalah berkesan, kecuali gel sukralfat 15%. Akhir sekali, berdasarkan tahap luka tekanan, agen topikal adalah didapati berkesan dan paling banyak diindikasikan untuk ulser tahap I dan II, manakala pembalut pula untuk ulser tahap II dan III.
Publisher
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)