Filem Mikrosfera Akrilik Terpegun Alizarin Merah S untuk Pengesanan Pendarfluor Optik Asid Bori

Author:

Raja Jamaluddin Raja Zaidatul Akhmar,Ahmad Musa,Lee Yook Heng,Tan Ling Ling

Abstract

Mikrosensor pendarfluor optik untuk kuantifikasi asid borik dalam sampel makanan telah dibangunkan berdasarkan filem mikrosfera poli(n-butil akrilat) [poli(nBA)]. Pencirian optik reagen alizarin merah S (ARS) terpegun pada filem mikrosfera poliakrilat dengan asid borik telah dilakukan melalui pendekatan transduksi pendarfluor. Reagen ARS telah dijerap secara fizikal pada filem mikrosfera akrilik hidrofobik untuk membentuk mikropolimer kelat dengan sokongan matriks sol-gel untuk mengelakkan larut lesap molekul ARS yang bersifat larut air. Pengkelat ARS yang terpegun pada filem mikrosfera poli(nBA) memberikan tindak balas pengesanan optik yang cepat dalam masa 1 minit. Julat rangsangan linear dinamik yang berguna bagi mikrosensor pendarfluor optik asid borik telah diperoleh antara 1.6 µM dan 32.0 µM asid borik dengan had pengesanan (LOD) pada 1 μM. Mikrosensor pendarfluor optik asid borik berasaskan mikropolimer akrilik menghasilkan prestasi kebolehulangan yang baik dengan nilai sisihan piawai relatif (RSD) yang dicapai dalam julat 3.3-3.6%. Mikrosensor optik yang dibangunkan telah digunakan untuk pengukuran pendarfluor asid borik dalam sampel mi kuning dan mi beras leper ('hor fun'/'kway teow') dan tidak menunjukkan perbezaan yang ketara berbanding dengan kaedah rujukan tradisional spektrometri pemancaran plasma-optik berganding secara induktif (ICP-OES).

Publisher

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM Press)

Subject

Multidisciplinary

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3