Affiliation:
1. Fakulti Kemanusiaan dan Sains Sosial, Prince of Songkla University, Thailand
2. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Linggi dikatakan terbentuk dalam zahir fonologinya yang tersendiri, memisahkannya dengan varian terhampir, Melaka-Johor. Sebuah kajian linguistik sejarah dilaksanakan di kawasan Kuala Linggi atau juga dikenali dengan nama lainnya Rio De Panagim untuk melihat sejauh mana fenomena dialek Melayu ini selari. Pengaplikasian teori linguistik sejarawi strukturalisme di kawasan Melaka Utara ini melibatkan sebanyak lapan buah kawasan tumpuan dalam proses cerapan data. Kaedah yang dimanfaatkan di lapangan mengguna pakai teknik lafaz, rakaman, temu bual, lakonan dan pengajuan gambar. Hasil kajian yang pertama mendapati bentuk purba kuala Linggi (Dialek Melayu Kuala Linggi Purba) ini mempunyai 18 konsonan purba seperti *p,*b, *t, *d, *k, *ɡ, *m, *n, *ɲ, *ŋ, *s, *ɣ, *h, *tʃ, *ʤ, *l, *w, *j. Kedua, sekilas daripada kajian ini menyimpulkan bahawa Kuala Linggi lebih mirip kepada varian Melaka-Johor berbanding dengan varian Linggi-Negeri-Sembilan atas pengekalan ciri Malayik Purba pada suku kata pertama dan suku kata akhir tertutup. Hal ini sekali gus meletakkan Kuala Linggi di bawah cabang varian Melaka-Johor dan sebagai perbatasan penyebaran dialek campuran Linggi. Walau bagaimanapun, andaian ini masih jauh daripada penghabisannya jika sekadar bergantung pada laporan ringkas ini. Atas asbab itu, kajian ini sangat mengesyorkan supaya dapatan ini diperkukuh dengan penyelidikan lanjutan bagi diftong dan vokal Kuala Linggi, sekali gus melengkapkan kajian linguistik sejarah di kawasan terbabit.
Reference48 articles.
1. Abdul Halim Nasir. (1997). Lembangan sungai dalam sejarah dan budaya Melayu. Dlm. N. Abdul Rahman (Ed.), Pembangunan seni dan sastera (pp. 56–62). Jabatan Persuratan Melayu.
2. Abdul Halim Nasir. (2005). Lembangan sungai dalam peradaban Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
3. Adelaar, K. A. (1992). Proto-Malayic: The reconstruction of its phonology and parts of its lexicon and morphology. Pacific Linguistics.
4. Ahmad Mahdzan Ayob. (1983). Kaedah penyelidikan sosioekonomi: Suatu pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Ajid Che Kob, & Mohd Tarmizi Hasrah. (2009). Dialek Melayu Pahang: Tinjauan di Sungai Jelai. Jurnal Persatuan Linguistik, 9, 61–76.