Affiliation:
1. Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
Abstract
Identiti diri yang sah dari sudut undang-undang adalah penting kerana mempunyai kaitan rapat dengan perlindungan hak asasi manusia untuk membangun seperti hak untuk hidup, hak kesihatan dan hak pendidikan. Namun demikian, anak tidak sah taraf di Malaysia, khususnya mereka yang beragama Islam sering kali berdepan dengan diskriminasi akibat kelahiran mereka yang tidak didaftarkan. Makalah ini meneliti sejarah pembangunan hak asasi serta peruntukan yang berkaitan dengan perlindungan hak asasi kanak-kanak, khususnya hak terhadap pendaftaran kelahiran dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 1989 (CRC) dan Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]. Selain itu, kedudukan anak tidak sah taraf dalam perundangan Islam turut dihuraikan. Penulisan ini merupakan kajian undang-undang tulen dengan kaedah kualitatif dan analisis kandungan. Makalah ini menyimpulkan cabaran dalam perundangan Islam yang menghalang pendaftaran kelahiran kanak-kanak di negara ini yang menjadi syarat dokumen perkahwinan, stigma dan penyisihan masyarakat serta kurangnya kesedaran awam. Oleh itu, beberapa idea dicadangkan untuk penambahbaikan, iaitu meminda undang-undang, mewujudkan daftar kelahiran yang khusus untuk anak tidak sah taraf, memudahkan prosedur pendaftaran kelahiran serta meningkatkan pengetahuan tentang kepentingan pendaftaran kelahiran dalam kalangan masyarakat.
Reference39 articles.
1. Abd. Ghani Ahmad & Nuarrual Hilal Md. Dahlan. (2016). Kewajipan menanggung nafkah anak tak sah taraf: Satu kajian di negeri Kedah. Kanun Jurnal Undang-undang Malaysia, 28(2), 214–244.
2. Abdul Hafiz Othman. (2018). Aplikasi hukum nasab anak zina: Kajian terhadap fatwa negeri-negeri. 1–23. https://www.researchgate.net/publication/326769378_APLIKASI_HUKUM_NASAB_ANAK_ZINA_KAJIAN_TERHADAP_FATWA_NEGERI-NEGERI
3. Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]
4. Akta Mahkamah Juvana 1947 (dimansuhkan)
5. Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]