Ciri Adaptasi Anatomi Daun Bougainvillea spectabilis W. Yang Dijangkiti Virus Bougainvillea chlorotic vein-banding

Author:

Talip Noraini,Eyamalay Jayasrie,Abdul Rahman Mohamad Ruzi,Said Mohd Nizam Mohd,Kader Maideen Haja MaideenORCID,Nik Mohd Kamil Nik NorhazrinaORCID,Mustafa Bakray Aqilah,Khamis Shamsul,Zohari Ahmad FitriORCID,Zainee Nur Farah Ain,Bunawan Hamidun,Mohd Kamal Nurnida

Abstract

Kajian anatomi daun telah dijalankan ke atas Bougainvillea spectabilis yang dijangkiti virus Bougainvillea chlorotic vein-banding (BCVB). Objektif kajian ialah untuk mengenal pasti ciri adaptasi anatomi daun B. spectabilis yang dijangkiti virus BCVB melalui perbandingan dengan ciri anatomi daun sihat dan mengenalpasti sel dan tisu yang beradaptasi terhadap kehadiran virus. Kaedah kajian melibatkan hirisan dengan mikrotom gelongsor pada lamina, petiol dan tulang daun, siatan epidermis adaksial dan abaksial daun, penjernihan peruratan, pewarnaan, pelekapan dan cerapan di bawah mikroskop cahaya. Hasil kajian menunjukkan, kandungan klorofil sangat rendah pada lamina dan tepi daun, pertambahan bilangan berkas vaskular, tisu vaskular, dan sel kolenkima, serta kerosakan dinding sel pada daun yang dijangkiti. Hasil cerapan ciri anatomi epidermis abaksial daun menunjukkan daun dijangkiti virus mempunyai bilangan, indeks dan saiz stomata yang rendah berbanding daun sihat. Hasil kajian juga membuktikan perubahan pada bentuk dinding epidermis abaksial dan penebalan dinding sel epidermis adaksial daun yang dijangkiti virus BCVB. Kehadiran hablur dan peruratan tertier kelihatan kurang jelas dicerap pada daun yang dijangkiti virus. Perubahan pada sel dan tisu pada daun yang dijangkiti virus BCVB merupakan tindak balas terhadap jangkitan dan adaptasi daun terhadap jangkitan virus. Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk mengesan jangkitan BCVB dan kaedah kawalan yang boleh dilakukan kepada sel dan tisu yang dijangkiti.

Publisher

Persatuan Biologi Gunaan Malaysia

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3