Author:
ABD RAHMAN ISHAK,Ramli Ainul Afzan Binti
Abstract
Asas pendidikan khususnya di peringkat rendah dan menengah adalah sangat penting dalam mencorak dan membentuk generasi baharu yang seimbang dari aspek intelektual, emosi, jasmani, rohani dan sahsiah, di samping mempunyai daya pemikiran yang kreatif, kritis dan berdaya saing dalam mempersiapkan diri untuk mendepani transformasi pendidikan di peringkat pengajian tinggi dan melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta produktif dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang di abad ke-21 selaras dengan hasrat Dasar Pendidikan Negara Walau bagaimanapun, sistem pendidikan yang dilaksanakan di negara ini mengalami perubahan drastik dan terjejas teruk apabila semua sekolah perlu ditutup sepenuhnya berikutan negara berhadapan dengan krisis penularan pandemik Covid-19 yang kini menjadi fenomena yang amat membimbangkan rakyat di seluruh dunia. Situasi ini benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada semua pihak berkepentingan terutamanya guru-guru dan murid-murid apabila kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya dijalankan secara bersemuka perlu diubah kepada kaedah pembelajaran dari rumah (home-based learning), di samping keperluan mematuhi Standard Operation Standard (SOP) dan mempraktikkan norma-norma baharu dalam menjalani kehidupan seharian. Kajian ini akan membuat penelitian berhubung strategi yang telah diguna pakai oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai peneraju sistem pendidikan negara dalam melaksanakan pelbagai inisiatif melalui pendekatan dan kaedah yang terbaik dalam mengatasi isu-isu dan cabaran yang timbul dalam sektor pendidikan, antaranya melaksanakan pendekatan pembelajaran dari rumah, pembatalan dan pindaan tarikh peperiksaan awam, merancang strategi pembukaan semula sekolah selepas tempoh PKP dan pindaan takwim persekolahan tahun 2020 demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dan dalam masa yang sama membantu negara memerangi pandemik Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan sehingga hari ini.
Cited by
2 articles.
订阅此论文施引文献
订阅此论文施引文献,注册后可以免费订阅5篇论文的施引文献,订阅后可以查看论文全部施引文献