Pembangunan dan Pengesahan Instrumen Pengetahuan, Sikap dan Penghayatan Terhadap Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan

Author:

Muda Khadijah,Mohd Tohar Siti Nor Azhani,Johari Mastor Khairul Anwar,Muslim Nazri,Idris Fazilah,Yacob Siti Nor Baya

Abstract

Unsur tradisi merupakan isu sensitif yang boleh mendatangkan pertelingkahan antara kaum. Di media sosial, elemen unsur tradisi sering menjadi punca pergaduhan antara orang Melayu dengan bukan Melayu. Oleh itu, menjadi satu keperluan untuk memahami pengetahuan, sikap dan penghayatan masyarakat terhadap unsur tradisi. Namun, tiada skala pengukuran yang disahkan dan dapat digunakan untuk mengukur pengetahuan, sikap dan penghayatan masyarakat Malaysia terhadap unsur tradisi. Maka, kajian ini akan membangunkan skala yang sah dan dapat digunakan untuk mengukur pengetahuan, sikap dan penghayatan unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dijalankan secara keratan rentas terhadap 2389 responden melalui pensampelan berkelompok ke atas responden Melayu, Cina dan India di Semenanjung Malaysia, berusia 18 tahun dan ke atas. Instrumen soal selidik dibangunkan sendiri berdasarkan elemen unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan model KAP (knowledge, attitude and practices) dan disemak oleh pakar bidang sosiologi perlembagaan dan psikometrik. Seterusnya ujian rintis dijalankan sebanyak dua kali, dan etika penyelidikan diperoleh serta kajian sebenar dijalankan. Setelah selesai pengumpulan data melalui media sosial, pengesahan serta kebolehpercayaan konstruk dan item dilakukan menggunakan analisis Item Response Theory (IRT) dan Conformation Factor Analysis menggunakan perisian SPSS, Jamovi dan Amos. Hasil kajian menunjukkan 34 item bagi konstruk pengetahuan, sikap dan penghayatan sah dan dapat digunakan berdasarkan kepada kesahan dalaman ketiga-tiga konstruk (Cronbach α > .70). Namun beberapa item bagi konstruk sikap dan penghayatan perlu dibuang iaitu item-item yang mempunyai factor loading yang rendah. Implikasinya, item-item yang tinggal lebih mengukur dengan tepat dan tidak berlaku pertindihan antara item.

Publisher

Universiti Putra Malaysia

Subject

General Medicine

同舟云学术

1.学者识别学者识别

2.学术分析学术分析

3.人才评估人才评估

"同舟云学术"是以全球学者为主线,采集、加工和组织学术论文而形成的新型学术文献查询和分析系统,可以对全球学者进行文献检索和人才价值评估。用户可以通过关注某些学科领域的顶尖人物而持续追踪该领域的学科进展和研究前沿。经过近期的数据扩容,当前同舟云学术共收录了国内外主流学术期刊6万余种,收集的期刊论文及会议论文总量共计约1.5亿篇,并以每天添加12000余篇中外论文的速度递增。我们也可以为用户提供个性化、定制化的学者数据。欢迎来电咨询!咨询电话:010-8811{复制后删除}0370

www.globalauthorid.com

TOP

Copyright © 2019-2024 北京同舟云网络信息技术有限公司
京公网安备11010802033243号  京ICP备18003416号-3